Sunday

Hari ini macam biasa, duduk di rumah dan memberi kelas tambahan kepada adik bongsu. Yeah babeh.
Apa patut dibuat untuk hari hari cuti begini? Well, kalau boleh memang berharap nak sangat pergi rumah nenek cik and atok buyung. Rindu yang meluap luap. Aku dapat tau yang dia dah berpunya. Lahirnya dari hati nurani ini yang mengatakan sebegitu. Ya. Ini semua memang salah ku. Aku yang membuat dia berubah hati. Tapi apakan daya? Aku hanya seorang hamba Allah yang tak pernah lari dari membuat kesilapan. Malam itu aku menangis kerana dia terlalu sibuk dengan Blackberry nya. Hati batin aku kuat mengatakan yang aku ini hanya lah kekasih gelapnya. Dan kerana hati kecil itu menjawab, maka aku pun dengan bodohnya memberi kata kata perpisahan itu kepadanya. Tanpa dia tahu apa kah punca dan sebab aku berkata sebegitu. Saat aku pergi hendak pulang, aku dapat melihat renungan dari matanya yang sedih dengan perpisahan ini. Apakan daya, nasi telah menjadi bubur. Mungkin itu kali terakhir untukku melihat dirinya. Cukuplah sampai disitu. Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan untuk dirimu. Walau bagaimanapun jangan kau lupa dengan orang ketiga diantara kita. Semoga kau bahagia disamping dirinya. Tiada tetesan air mata yang jatuh, kerana air mata ini sudah kering kerana dirimu sayang. Telah aku kumpul semua kekuatan dari diri ini supaya aku mampu menjalani kehidupan ini tanpa dirimu. Wahai mantan kekasih ku, jangan lah kau ingat kembali segala memori kita. Jangan kau pandang ke belakang lagi. Teruslah berjalan ke hadapan. Kerana dia mungkin yang akan membahagiakan dirimu. Aku tahu siapa diri ini untukmu sekarang. Bukan sebagai seorang kawan. Aku mungkin seorang asing bagi dirimu. Tiada sebarang balasan yang kau berikan. Terima Kasih kerana selama ini kau telah bersabar dengan karenah ku. Akhirnya kau mengotakan segala kata kata dariku sebelum ini. Ya. Aku begitu bodoh. Kenapa sekarang baru aku menceritakan tentang dirimu? Kerana aku terlihat di album blog ini yang memaparkan 6 hingga 7 foto foto antara aku dengan dirimu. Telah ku simpan untuk dijadikan kenangan. Halalkan segala makan minum ku bersama dirimu selama ini. Maafkan diri ini yang bodoh melepaskanmu. Jika aku pergi untuk mengahadap illahi, ingatlah aku kerana aku tidak akan berhenti mencintaimu hingga ke akhir nafasku. Semoga kau bahagia bersama kekasih baru mu. Aku mendoakan kebahagiaan kalian.
Akan kusimpan cinta ini, biar Allah yang tahu segala isi hati ku. 
Love