Kenapa aku disini? Kerana aku ingin melihat anak ku ini. Melihat dia yang kembali melakukan aktiviti hariannya ketika berjumpa dengan ku, iaitu mencubit :)
Ya Allah, hanya padamu aku memohon dan tiada siapa pun yang boleh mengabulkan permintaan ku ini. Aku ingin melihat dia kembali memeluk ku di dalam dakapan ku, yang selalu menjerit memanggil mummy ketika aku sampai di depan rumah abah. Kenapa ini yang terjadi Ya Allah? Berikan aku kekuatan untuk berjalan menghadapi segala dugaan yang engkau berikan. Dia hanyalah insan yang masih terlalu kecil untuk pulang kepada mu. Walaupun aku tahu setiap yang datang darimu akan pergi kepadamu jua. Tetapi dia masih seorang kanak kanak kecil yang belum mengerti penyakit apa yang dialaminya. Melihat dia tersenyum membuatku bahagia. Lenyaplah segala masalah masalah dan beban yang dipikul untuk sementara. Kerana mereka yang bernama kanak kanak adalah insan yang paling gembira di dalam hidup.
Sayang allysa. Nite sayang.